Monday, February 25, 2008

Album Dragon Cup hamburg 5

red light distreet














delay punya pasal dpt makan free.





























































































































































pehhh muke dia..
serius tu

















































Saturday, February 23, 2008

Berita Sepak!

KUALA LUMPUR - Tanpa mempedulikan penggantungan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) mulai 26 Januari lalu, skuad sepak takraw negara tetap menyertai dan mencatatkan kemaraan ke separuh akhir Piala Datuk Bandar Hatyai, kelmarin lapor ABDUL HAFIZ AHMAD. Skuad bimbingan Haris Abdul Rahman menghantar dua regu sebagai pendedahan sulung antarabangsa sejak menarik diri daripada Sukan SEA Korat, Disember lalu sambil diiringi tiga regu Sukan Malaysia (Sukma) Kedah dan dua regu PENERBANGAN MALAYSIA (MAS), ke kejohanan kali ketiga yang bertaraf tiga bintang itu. Ketua Seranta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata, regu negara yang menampilkan Syazwan Hussin, Hamikhairi Roslan dan Syafiq Ab. Rahman terkandas pada separuh akhir sementara trio Ahmad Sufi Hashim, Arif Busu dan Fadlansyah Barahim berjaya ke suku akhir. "Pada persaingan separuh akhir, regu kita cuma kalah 19-21, 21-19 dan 16-17 kepada juara kejohanan itu, Cat Tele TOT tetapi di peringkat kumpulan, mereka sempat menundukkan sebuah kelab Tentera Laut yang membariskan seorang tekong kebangsaan Thailand. "Satu lagi regu kita pula dikalahkan oleh kelab Chariwote dalam suku akhir, juga
dengan angka serupa. Turut beraksi ialah dua regu Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum)," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan PSM kepada Utusan Malaysia, semalam. "Kedah 'A' yang membariskan bekas tekong kebangsaan, Nazirul Ikram Rozali turut mara separuh akhir sebelum tewas kepada regu MAS 'B'. Mereka diwakili dua bekas pemain negara, Ahmad Ezzat Zaki dan Azman Nasruddin yang muncul naib juara setelah kalah 18- 21, 20-22 kepada Cat Tele TOT," katanya. Sebelum ini, Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader berkata, PSM digantung keanggotaannya dan dilarang menyertai sebarang aktiviti sepak takraw antarabangsa sementara menantikan sebuah tribunal penyiasatan mengenai hasrat mereka untuk
meninggalkan badan induk itu dan menubuhkan badan alternatif pada pertengahan bulan lalu. Malah dalam perkembangan terbaru, Istaf menunda tarikh sidang tribunal dan mesyuarat Lembaga Disiplin Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) bagi membicarakan kes PSM dan Presidennya, Datuk Ahmad Ismail dari 6-7 Mac ini ke 13-14 Mac akan datang sebagai memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 pada 8 Mac.
"Kami menundanya kerana percaya Ahmad pasti tidak dapat menghadiri sidang di Bangkok itu untuk membela diri atau memberi keterangan kerana kesibukan menghadapi pilihan raya dan tarikh baru sidang itu telah direstui Presiden Istaf, Jen. (B) Charouck



RAJUK SEPAK TAKRAW PSM
======================


Bukan merajuk namun terkilan dengan penguasaan dan pengaruh mereka yang berat sebelah. Sepatutnya fikirkan cara nak menjadikan sukan sepak takraw itu lebih efektif dan berada dalam situasi menang-menang. Nampak sebijik macam kemenangan yang dirancang. Kenapa perlu tamak sangat nak menang? Bukan sahaja Malaysia bahkan negara lain pun turut sama tidak puas hati dengan perkembangan yang berlaku. Lebih baik buat sukan sea asing-asing main sepak takraw sendiri-sendiri dan tak payah buat pertandingan apa-apa
jika sekiranya kemenangan seperti dah dirancang. Tahun ini mesti menang lagi. Berapa banyak mau menang? Dah tentunya 20 tahun berturut-turut tanpa kalah.Bertahun-tahun menang untuk sepak takraw sahaja? Lebih baik buat pertandingan dalaman sahaja. Rasanya elok tak payah hantar lagi pasukan sepak takraw selagi adanya pengaruh berat sebelah tersebut.

PANTANG UNDUR
=============

BUKAN masanya lagi untuk kita terus mengalah. Itulah yang diluahkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan walaupun digantung, badan induk kebangsaan itu tidak mahu berundur dan tunduk dengan kehendak beberapa individu dalam Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf). PSM yang kini dipimpin Datuk Ahmad Ismail, bertekad untuk tidak terus tidak mengalah dengan kehendak beberapa individu dalam Istaf kerana berpendapat Malaysia sudah terlalu kerap `dipermainkan' badan induk antarabangsa itu.
"Sejak sepak takraw diperkenalkan, kita sudah terlalu banyak mengalah dengan kehendak Thailand. Sekarang, beberapa individu dari negara berkenaan memegang jawatan tinggi dalam Istaf dan kita serta negara lain seakan-akan dipaksa mengikut saja kehendak mereka. "Kita pernah mengalah apabila mereka mendesak untuk menukar nama sepak raga jaring kepada sepak takraw sedangkan kitalah pelopor sukan itu. Kita memutuskan untuk menggunakan gabungan perkataan dari Malaysia dan Thailand (sepak dan takraw) untumenggembirakan hati mereka. "Semua negara yang bergabung di dalam Istaf sudah menggunakan nama persatuan atau persekutuan sepak takraw tapi Thailand tidak pernah mahu menggunakan nama sepak sebaliknya mengekalkan nama Persatuan Takraw Thailand (TAT).


"Tidak cukup dengan itu, mereka pernah mengugut untuk menarik diri daripada menyertai Sukan Seap (Sea) jika kita menggunakan bola rotan tiga lapis sedangkan mereka mahu temasya itu menggunakan bola rotan selapis. "Kita akur dengan kehendak mereka dan akibatnya, kita tewas pada Sukan Seap 1967 kerana tidak biasa dengan bola rotan selapis yang digunakan," kata Ahmad. Beliau berkata, setiap kali temasya Sukan Sea atau Sukan Asia mahu diadakan, Thailand akan sentiasa membuat pelbagai keputusan dan mahu semua negara lain di dalam Istaf bersetuju dengan keputusan yang tentunya memihak kepada mereka. Sedikit masa lalu, Istaf pernah mengharamkan penggunaan servis kuda tapi secara tiba-tiba, servis berkenaan kembali digunakan dan servis itulah yang membuatkan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Sukan Sea dan Asia selama
lebih 10 tahun. Selepas ditewaskan Malaysia pada Sukan Sea Manila 2005, mereka mula mencari kaedah lain untuk mengalahkan lawan dan hasilnya, Marathon Gen II diperkenalkan dan diguna pakai pada Sukan Sea Korat 2007 walaupun PSM membantah penggunaan alatan berkenaan kerana ia masih belum diluluskan
Istaf. Begitupun, apa yang dibangkang PSM itu tidak pernah dianggap serius oleh Istaf dan tiga surat bantahan yang dihantar oleh badan induk kebangsaan itu senyap begitu saja. "Penggunaan Gen II bukan saja dibantah oleh Malaysia, tapi juga empat negara lain iaitu Myanmar, Vietnam, Brunei dan Indonesia. Malaysia adalah
negara terakhir yang membantah penggunaan bola itu manakala Myanmar mula membuat bantahan rasmi pada Julai 2007. "Istaf tidak mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat membincangkan bolaberkenaan walaupun dibantah dan kami yakin sekiranya satu perbincangan mengenai penggunaan bola itu dapat diadakan, maka masalah begini tidak akan timbul. "Oleh itu, kami tidak lagi mahu mengalah sebaliknya akan terus melawan kerana kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Kami berani kerana kami mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk mempertahankan dakwaan kami. "Kami akan membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) dan sudah tiba masanya kami bangkit mempertahankan kebenaran," katanya.

Friday, February 22, 2008

Wednesday, February 20, 2008

Album Dragon Cup hamburg 3




















merasa jugak aku
makan nasik lemak elhmson




























bkn main ko yer wan..














peraduan carik kutu kaki ker ni
























































bersama otai2 melayu german














taklimat sblm perang










































carik jarum mas ker?
ker buat court?










































mari sinik semuak anak2 marik makann!!!














tukang masak p.time ...tq2















pak akob sedang
meyusun startegi
utk ditewaskan












ahak..muka baru
kuar balai?













































































































































































































peehh semua membute haa