Tuesday, January 3, 2012

klinik & bengkel sepaktakraw - Subang


Aktiviti pertama MAS Sepaktakraw Club bagi tahun 2012 ini telah Berjaya dijalankan di Kompleks SukanKSM,Subang pada 14-Januari 2012 yang lepas. Klinik Sepaktakraw ini telah Berjaya menarik minat hampir 50 org peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 9 tahun hingga ke pemain
sepaktakraw dewasa.Peserta klinik kali ini berasa amat bertuah kerana dapat menimba ilmu bersama-sama juruatih negara iaitu En. Amir Abu Bakar dan pemenang pingat emas Sukan Sea 2005 Mohd Futra Abdul Ghani dan juga pemain negara ketika ini iaitu apit kanan regu negara Farhan Adam. Kesemua panel jemputan ini juga berasa amat gembira kerana klinik seperti ini masih mendapat sambutan dari orang ramai. Ternyata sukan sepaktakraw ini masih mempunyai peminat yang ramai dan masih dimainkan di bandar seperti di Subang ini.Klinik kami juga pada kali ini telah mendapat tajaan daripada Syarikat Pallas iaitu sebuah syarikat yang membuat kasut Rejam khas untuk sukan sepaktakraw dan juga Syarikat Gajahmas iaitu sebuah syarikat pengeluar barangan sukan sepaktakraw di Malaysia. Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih tdak terhingga kepada kedua-dua syarikat ini diatas kesudian dan keperihatinan syaritkat ini membantu MAS Sepaktakraw Club menjayakan klinik ini.Acara pada hari tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang dikendalikan oleh En. Amir Abu Bakar dan sesi petang yang dikendali oleh saudara Futra Gani dan Farhan Adam.


untuk laporan lanjut serta gambar di bengkel motivasi.

                           sessi bersama en Amir
                           sessi bersama Futra