Monday, February 20, 2012

MAS deTour – 3 GANU KITE!!

Bengkel Motivasi & Klinik Sepaktakraw
Sek.Men. Bukit Nenas, Setiu Terengganu (Sek.Sukan)
3 – 5 Februari 2012


Aktiviti seterusnya yang dianjurkan oleh MAS Sepaktakraw Club adalah ke
sekolah sukan di Sek.Men.Bkt Nenas, Setiu, Terengganu pada 3 hingga 5 Februari
yang lalu. Aktiviti lawatan dan bengkel motivasi ke Terengganu ini adalah salah satu
aktiviti didalam perancangan tahunan MAS Sepaktakraw Club 2012. Kami amat
bertuah kerana dapat meneruskan usahasama ini untuk tahun kedua berturut-turut.
Pergerakan kami bermula pada malam Jumaat (3Feb12) menaiki sebuah van KSM,
dua buah kereta yang masing-masing dipandu oleh En.Yaacob dan saudara Najib Abd
Karim bersama keluarga masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada KSM
kerana sudi meluluskan pengunaan van tersebut kepada kelab kami.
Kami bertolak dari KSM Subang jam 10.00malam dan setelah melalui penat lelah
perjalanan yang sejauh lebih 400 kilometer dan yang mengambil masa kurang lebih
8 jam, maka tibalah kami di Kuala Terengganu jam 5.30pagi. Kedatangan kami
disambut oleh Cikgu Azman – orang yang bertanggungjawap menjayakan aktiviti di
Terengganu ini. Beliau juga adalah salah seorang guru di Sek.Men.Bkt Nenas.

Penempatan kami telah disediakan oleh pihak sekolah dimana kami ditempatkan di
asrama sukan sekolah tersebut yang terletak di Jalan Tok Ku, Chabang Tiga.
Kedatangan kami seramai 9 lelaki (pemain sepaktakraw) dan 6 wanita (penyokong)
tidak mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Mereka telah menyediakan
tempat penginapan yang terbaik untuk kami.
Keseronokan aktiviti pada tahun ini bertambah lagi dengan kehadiran pasukan
Pingpong MAS yang diketuai oleh En. Rujhan bersama-sama 5 ahli pingpong yang
sangat seronok dapat berjalan-sambil-bermain di Terengganu ini. Pada aktiviti kali
ini, Kelab Pingpong MAS dijemput untuk memeriahkan aktiviti di sekolah sukan ini
dimana sekolah ini juga mempunyai pemain pingpong bertaraf negeri (Sukma).
Bengkel Motivasi & Klinik Sepaktakraw di kali ini disertai oleh seorang bekas pemain
Negara iaitu saudara Hamikhairi Roslan dan seorang pemain terkini Negara iaitu
saudara Mohd Hanafiah. Sememangnya kedatangan dua pemain kebangsaaan ini
telah menaikkan semangat pelajar sekolah tersebut ditambah pula saudara Mohd
Hanafiah adalah bekas pelajar sekolah tersebut dan kini sedang menjalani latihan
bersama skuad negara di Bukit Jalil.
MAS Sepaktakraw Club ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Azman
yang banyak membantu menjayakan acara ini, kepada panel jemputan saudara
Hamikhairi dan Hanafiah, kepada En. Yaacob yang mencetuskan idea acara ini,
sponsor kami iaitu Pallas dan Gajahmas, pemain-pemain MAS dan tidak lupa kepada
pelajar-pelajar atlit sepaktakraw Sek.Sukan Terengganu ini.
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Semoga pelajar-pelajar ini menjadi
atlit dan insan yang berjaya.!.”Peteh Trengganu Peteh”


koleksi gambar album klick sini -------------- > http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151258884755398.794965.10150105047595398&type=3






























terima kasseyy!!!



No comments: